renung dan tenung 12

Tuesday, March 8, 2011

sepanjang jalan kenangan ini telah ku kutipkan sebutir rindu buat dirimu.adakah esok kan pasti untuk kita bersama untuk selamanya.melewati minda tegar ini pastinya aku terus kukuh menongkat perasaan.merawang malam mencari apa benarnya kekuatan ini kesetiaan,kejujuran,kewujudan cinta.

renung dan tenung 11

Monday, January 10, 2011

kalam sejarah telah kau tuliskan berbutir butir ayat terluah dalam pasrah mimpi.apakah dia,aku dan kau akan menari mengikut langkah tari yg kelam.persetan mimpi itu.ayuh kita berlagu walau sepatah surah agar beranjak nafsu itu dari selubungi minda malam mu.sejahtera lah iman mu bersama menuju kiamawi dihujung mimpi hidup ini.

renung dan tenung 10

Friday, December 31, 2010

semalam mudah sangat kita tinggalkan.terlupakah aku bahawa ia melahirkan seribu kenangan dlm kalam hidup ini.meningkatnya umur memendekkan hasrat perjalanan untuk bertemu DIA.hijrah ini amat bersorak disegenap minda.tapi sedarkah kita makin hampir kiam aku,engkau dan dia.selamat tahun 2011 untuk sekelian hamba DIA

renung dan tenung 9

Wednesday, December 29, 2010

berdiri dalam gelap tanpa melihat ..gunakan pancaindera dalam mu.makin hampir bayang itu mengajak menitip kenangan semalam.berpegang teguh jalur keakraban,masihkah ada ruang untuk kita bersama esok?dalam berjuang umpama syuhada.kaki ku makin longlai memijak fana ini.tersungkur tetapi kau sahabat lantas memaut bahuku agar terus melihat NUR itu.terima kasih sedagingku.aku,kau dan dia akan sampai untuk waktu nanti.

renung dan tenung 8

Saturday, November 27, 2010

terbentang NUR yg kau pinta...ah mungkin kah ia menjadi cahayamu tika kau merangkap didalam gelap dosa.Aku yakin bukan itu sekadar yg mampu untuk aku,engkau dan dia cari untuk kau cantumkan DZAT untuk bergelar manusia.makin kelam cahaya itu meninggalkan kita kerna kealpaan diri kita ini.Pulanglah semua untuk waktu kiam kita.kelak itu bersuara bangun dari mimpi dunia.

renung dan tenung 7

Tuesday, November 16, 2010

karam malam gelap dalam gelita dosa.disana sedang menari nari dosa dan ditepi ini terlihat lintasan air mata taubat.pilihlah mana yg kau pasti dalam tega pikirmu.makin kerap jogetan dosa itu memanggilmu.jangan tersalah dalam bait memilih langkah.mungkin itu yg terakhir dalam hidupmu

renung dan tenung 6

Sunday, July 18, 2010

makin hampir kiam aku ini...makin resah mendada mimpi,mencarik dosa silam menabik pahala.apa maksud mimpi ku.apa maksud tidur ku.ah persetan lah kenangan itu.tinggal satu yang akan ku bawa.sebuah doa pada DIA